loading...

“Biarlah Orang Nak Cakap Apa Pun”

Beberapa hari ini heboh isu perpisahan diantara Datuk Seri Vida dan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin yang dikatakan sudah bercerai beberapa minggu yang lalu. Manakala menerusi laporan terdahulu, Datuk Seri Vida juga mengakui sedang menjalani proses perceraian. Bagaimanapun Fairuz enggan memberikan sebarang komen mengenainya.

BACA: Datuk Seri Vida Mengaku Bakal Bercerai

“Tengah viral ya, bior le, no comment. Biar la orang nak cakap apa. My comment is no comment,” katanya kepada portal Oh Bulan yang baru sahaja tiba di Ipoh dari Kuala Lumpur ketika ditanya mengenai perpisahannya dengan Datuk Seri Vida.

Siapa yang menginginkan perpisahan di dalam rumah tangga, begitu juga dengan Datuk Seri Vida yang turut terkesan dengan perkara itu. Namun baginya segala apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya, dan apabila ditanya jika beliau masih akan mencuba untuk menyelematkan rumah tangganya, jawapannya ringkas dengan mengatakan tidak.

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu dikatakan bergolak apabila Datuk Seri Vida sendiri tampil memberitahu mereka kini sedang melalui proses perceraian. Tidak terlalu mendedahkan punca sebenar mereka berbuat demikian, Datuk Vida meminta agar orang ramai memberikannya sedikit ruang untuk menyelesaikan perkara itu. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...