loading...

Video Viral Gen 2 Lawan Arus Cetus Kemarahan Netizen

KUALA LUMPUR – Rakaman video kereta Proton Gen 2 yang melawan arus di lebuh raya plus Seberang Jaya siang tadi telah menjadi viral di media sosial.

Akibat daripada kecuaian pemandu yang berusia 19 tahun itu, Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun maut apabila kereta yang dipandu nya bertembung dengan kereta seorang wanita remaja yang memandu secara merbahaya melawan arus.

Difahamkan, mangsa tersebut baru sahaja berkahwin pada bulan Disember tahu lalu dan isterinya kini sedang hamil anak pertama mereka.

Sementara itu menurut laporan media, wanita tersebut memandu dalam keadaan mabuk.

Remaja terbabit menjadi kecaman netizen gara-gara diri nya memandu secara merbahaya dan dia hanya mengalami kecederaan ringan.

Selain menyebabkan kematian individu lain yang tidak bersalah, wanita itu turut mencetuskan kemalangan besar sehingga menyebabkan empat kenderaan lain rosak teruk.

Rata-rata netizen mahu wanita yang memandu secara berbahaya itu dikenakan hukuman setimpal.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...