loading...

Tokyo Hantar Kapal Perang Terbesar Ronda Laut China Selatan

TOKYO – Tokyo akan menghantar kapal perang terbesar milik negara ini bagi meronda Laut China Selatan selama tiga bulan bermula awal Mei depan.

Menurut sumber, ini merupakan aktiviti terbesar tentera laut negara ini di wilayah berkenaan sejak Perang Dunia Kedua.

China menuntut semua kawasan perairan yang dipertikaikan dan langkahnya meningkatkan kehadiran tentera di kawasan itu menimbulkan kebimbangan Jepun dan negara barat.

Susulan daripada itu, Amerika Syarikat (AS) turut mengadakan rondaan udara dan laut dengan lebih kerap bagi menjamin kebebasan bagi kapal yang menggunakan perairan terbabit. -REUTERS/Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...