loading...

Sprm Selesai Siasat Annuar, Tak Perlu Panggil TMJ

KUALA LUMPUR — Siasatan terhadap Tan Sri Annuar Musa, berhubung dana Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dibayar kepada Kelantan, sudah selesai kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.

Beliau berkata, kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan.

“Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu juga tidak perlu mengambil keterangan Tunku Ismail Sultan Ibrahim,”katanya lapor ProjekMMO

Low menjawab soalan wakil rakyat Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) yang meminta perdana menteri menjawab status siasatan tokoh Umno itu.

Annuar digantung tugas sebagai pengerusi Mara mulai 31 Januari lalu susulan siasatan berhubung bayaran RM700,000 kepada pasukan bola sepak tersebut.

Isu itu menular awal tahun ini selepas pendedahan Tunku Ismail, juga dikenali TMJ, yang melampirkan beberapa salinan dokumen bayaran menerusi Facebook.

Annuar didakwa mengguna wang Universiti Kuala Lumpur (UniKL) RM500,000 pada Mei 2016 dan Pelaburan Mara Berhad (PMB) pula RM200,000 pada Jun lepas.

UniKL dan PMB dua badan bawah Mara. Annuar, bekas pengerusi Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), juga pengerusi PMB.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...