loading...

Sherry Tak Lena Dek Gosip

Kuala Lumpur: “Saya masih belum bertemu pengganti selepas lapan bulan bergelar solo. Sebab itu saya terkejut apabila mendapat tahu nama saya dikaitkan bercinta dengan ahli perniagaan pula,” kata pelakon Sherry Ibrahim mengenai gosip dia dikatakan bercinta dengan ahli perniagaan.

Sherry, 34, ketika dihubungi berkata, dia menafikan cerita itu dan dia sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul.
Dalam laporan media sebelum ini, Sherry juga dikhabarkan tidak lena tidur sejak menjalin hubungan dengan ahli perniagaan terbabit.

Ditanya mengenai jodoh, Sherry berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.

“Pada usia sekarang, saya juga ingin berkahwin dan membina keluarga. Bukan tiada lelaki yang cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu calon yang sesuai,” katanya.

Menurut Sherry, dia juga tidak terdesak untuk mendirikan rumah tangga ketika ini.

“Saya percaya jodoh itu akan tiba apabila sampai masanya nanti. Keluarga juga tidak mendesak kerana mereka juga memahami.

“Buat masa ini, fokus saya adalah terhadap kerjaya sebagai pelakon dan pengacara serta perniagaan yang diusahakan,” katanya.-HMetro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...