loading...

Semakin Laris, Elly Mahu Kuruskan Badan

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein nekad menurunkan berat badannya.

Usaha itu juga dilakukan demi memastikan dia sentiasa memiliki stamina yang baik setiap kali membuat persembahan nyanyian,lapor Kosmo.

Pemilik nama asal Sharifah Aida Mazlina Syed Hanapi itu memberitahu dia kini sibuk mengamalkan rutin diet seimbang dan menjalankan aktiviti kecergasan.

“Ketika melahirkan Sefhia tahun lalu, berat badan saya pernah mencecah sehingga 73 kilogram (kg). Selepas melakukan senaman dan mengawal pemakanan, saya berjaya menurunkan berat sehingga 55kg. Buat masa ini, saya cuma mahu mengekalkan berat badan seperti sekarang,” katanya.

Tambah Elly, dia sedar bahawa industri hiburan memerlukan artis dengan penampilan yang baik.

“Memandangkan saya akan kembali berlakon dan menyanyi, jadi saya perlu menjaga penampilan diri kerana ia punca kepada periuk nasi saya dan keluarga,” ujar Elly.

Menurut Elly yang berusia 37 tahun, jadualnya kini padat sehingga hujung tahun ini.

Menyifatkan semua tawaran yang datang sebagai rezeki anak, ibu tunggal itu bijak mengaturkan masa antara kerjaya, anak dan juga ruang santai bersama peminat.

“Saya akan merakamkan single baharu ciptaan Manusia Putih bersama syarikat rakaman KRU Records. Selepas itu, pada bulan April pula, saya akan memulakan penggambaran drama 40 episod untuk slot Samarinda di TV3.

“Jika diikutkan memang jadual saya begitu padat, namun saya tetap akan cuba membahagikan masa antara kerjaya dan anak. Saya beruntung kerana pasukan produksi memahami situasi saya yang tidak boleh terlibat dengan penggambaran sehingga larut malam,” katanya.





lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...