loading...

Selepas Keluar PPBM, Khairuddin dan Ezam Nor Mahu Tubuh Parti Baru

KUALA LUMPUR – Dua bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor mahu menubuhkan parti baru dengan bermatlamat memerangi rasuah.

“Ini akan menjadi satu-satunya parti politik di Malaysia yang mencerminkan ‘parti hijau’ di negara lain.

“Sebarang keinginan untuk memerangi rasuah habis-habisan meningkatkan semangat saya.

“Oleh itu, saya serius mempertimbangkan dengan Ezam untuk menubuhkan sebuah parti baharu yang memberi tumpuan semata-mata kepada usaha membanteras rasuah,” kata Khairuddin dipetik dari laporan mStar Online.

Khairuddin dan Ezam sebelum ini menyertai PPBM yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad juga dengan matlamat memerangi rasuah namun bertindak keluar parti lebih kurang sebulan selepas itu.

Khairuddin yang dikenali umum sebagai penyokong tegar Dr Mahathir turut berkata parti baharu itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Jika parti baharu ini akan menjadi sebahagian daripada Pakatan dan boleh diterima sebagai rakan parti, maka saya amat berminat untuk menjadi salah seorang pengasasnya,” kata Khairuddin.

Khairuddin dan Ezam turut meminta pakatan pembangkang membenarkan parti baru itu bertanding di kerusi Parlimen Pekan dan Titiwangsa pada PRU-14 kelak.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...