loading...

Richard Gere Kecam Penempatan Haram Israel

Bintang Hollywood, Richard Gere telah mengecam Israel susulan pembinaan ribuan penem­patan haram di wilayah Palestin. Beliau yang pernah membintangi filem Pretty Woman menyuarakan rasa tidak senang itu semasa berada di Israel.

“Penempatan adalah provokasi yang tidak masuk akal dan sudah tentu dalam erti antarabangsa, adalah tidak sah.

`’Dan mereka bukan merupakan sebahagian daripada seseorang yang mahukan proses perdamaian yang tulen,” kata Gere kepada akhbar Israel Haaretz.

Gere berada di Baitul Maqdis bagi mempromosikan filem The Moderate Rise and Tragic Fall of a New York Fixer,’ yang diarahkan oleh rakyat Isreal, Joseph Cedar.

Menurut Gere, ia adalah lawatan keempatnya ke Israel namun sebelum itu beliau berbelah bahagi sama ada patut datang ke Israel atau tidak, disebabkan oleh penentangannya terhadap penempatan haram itu.

Ia juga mengakibatkan Gere terpaksa mengambil masa selama sebulan untuk memikirkan mengenainya sama ada beliau patut datang ke Israel dan mempromosikan filem berkenaan.

“Rakan-rakan rapat dan mereka yang saya kenali memberitahu saya supaya jangan datang.

“Mereka menyatakan tiada kebaikan jika saya datang dan akan dipergunakan oleh `bad guys’ iaitu pembuat dasar kepada kerajaan ini,” katanya yang kemudiannya datang juga ke Israel dan berada selama dua hari di situ.

Lebih 600,000 penduduk Yahudi tinggal di lebih 140 buah penempatan sejak Israel mengambil alih Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur pada 1967.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...