loading...

Ribuan Penunjuk Perasaan Bantah Israel Larang Azan

BAITULMAQDIS – Beribu-ribu penunjuk perasaan mengadakan bantahan selepas Parlimen Israel meluluskan rang undang-undang larangan laungan azan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid.

Penunjuk perasaan berarak di sepanjang Bandar Kabul, utara Israel sambil memegang bendera Palestin dan sepanduk yang tertulis: ‘Jangan menutup mulut muazin’ serta ‘Undang-undang terhadap muazin tidak akan berjaya’.

Rabu lalu, Parlimen Israel memberi kelulusan awal kepada dua rang undang-undang baharu yang mengehadkan laungan azan di masjid-masjid sekitar Israel serta timur Baitulmaqdis.

Salah satu daripada rang undang-undang berkenaan juga menghalang penggunaan pembesar suara masjid sepanjang masa.

Undang-undang itu diluluskan selepas satu perbincangan hangat yang bertukar menjadi perbalahan antara anggota gabungan pemerintah serta ahli Parlimen berketurunan Arab.

Ada antaranya yang me­ngam­bil tindakan mengoyakkan draf undang-undang tersebut dan ter­paksa diarahkan keluar dewan ekoran perbalahan itu.

Walaupun rang undang-undang tersebut secara teorinya dikuatkuasakan kepada tempat beribadat bagi semua agama, namun penduduk Islam menegaskan tindakan itu adalah jelas bagi menyekat laungan azan.

Kumpulan penyokong Israel menegaskan undang-undang itu adalah wajar bagi mengelakkan sebarang gangguan. – AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...