loading...

Rakyat Yakin Sembilan Rakyat Malaysia Akan Pulang Dalam Waktu Terdekat

Sudah beberapa hari berlalu sejak rakyat Malaysia disekat daripada meninggalkan Korea Utara. Daripada 11 orang, sekarang ada sembilan rakyat Malaysia yang terlibat dalam larangan sementara itu.

Hanya dua rakyat Malaysia yang berkhidmat di bawah Program Makanan Sedunia, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dibenarkan meninggalkan Pyongyang menuju ke Beijing pada Khamis lalu.

Dalam keadaan ini hanya doa dititiskan agar sembilan rakyat Malaysia dapat dibenarkan pulang ke Malaysia dengan segera. Namun rakyat Malaysia percaya mereka akan dibebaskan dalam masa terdekat.

Ini kerana Malaysia sedang mencari penyelesaian kepada konflik yag sedang berlaku itu tanpa membuat sebarang keputusan yang boleh mencetuskan ketegangan yang lebih buruk.

Malah Korea Utara juga sudah pasti sedang mencari penyelesaian kepada ketegangan berkenaan.

Ianya tidak mungkin sampai ke tahap berperangan kerana ia hanya satu insiden yang berlaku di KLIA2 dan Korea Utara pula mempunyai perkara lain yang lebih serius daripada insiden terbabit.

Apa yang penting, Malaysia tidak memerlukan campur tangan daripada pihak ketiga kerana kerajaan mempunyai cara yang terbaik bagi menangani ketegangan yang melanda.

Malahan langkah diplomatik diambil kerana kerajaan mempunyai dasar untuk memastikan hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara selama ini dapat dikekalkan.

Selasa lalu, Korea Utara melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara tersebut, yang membuatkan Malaysia turut mengambil tindakan sama dengan tidak membenarkan rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini.

Pertikaian diplomatik tercetus antara Malaysia dan Korea Utara susulan tidak ada persetujuan dalam beberapa perkara berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Feb lalu.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...