loading...

Peniaga Jual Nasi Lemak 50 Sen Demi Kepuasan Pelanggan

SHAH ALAM — Seorang peniaga rela untung sedikit dengan menjual nasi lemak hanya 50 sen sebungkus asalkan pelanggannya senang hati.

Azahari Yusof, 39 juga memperkenalkan “nasi lemak samah” demi menangkis tanggapan harga makanan di Terengganu serba mahal, lapor Sinar Harian.

Nasi lemak dengan sambal bilis ini, yang dimasak isterinya Elmawati Eri, 33 dijual di kedainya Dapo Barokah di Jalan Durian Burung, Kuala Terangganu.

“Idea menjual nasi lemak pada harga 50 sen ini timbul bila dengar rungutan rakan-rakan termasuk orang luar [Terengganu] bahawa makanan di negeri ini mahal berbanding di tempat lain,” kata Azahari.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk jual makanan dan minuman pada harga murah.

“Walaupun untungnya agak sikit, ia memberikan kepuasan kepada seorang peniaga apabila pelanggan turut berpuas hati.”

Menyediakan pelbagai juadah dengan harga berbeza, Dapo Barokah beroperasi pukul 3 petang hingga 12.30 malam.

“Kita juga ada menu masakan panas pada sebelah petang dan malam bermula harga RM3.50. Ada juga menu laksa Sarawak yang dijual pada hari minggu,” katanya.

Turut menjadi tumpuan pelanggan, pencuci mulut Doktor ABC yang mengandungi 13 bahan dengan harga RM3.50. Meksi ABC dengan lapan bahan dijual RM2.50. – MalayMail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...