loading...

‘Najib, Buktikan Kamu PM Yang Berbeza’

Datuk Seri Najib Razak diminta membuktikan bahawa beliau berbeza dengan perdana menteri sebelum ini untuk membantu Kelantan dengan memansuhkan Jabatan pembangunan persekutuan (JPP) di negeri itu.

Anggota parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, JPP diwujudkan sejak tahun 1990 untuk mengambil alih tugas-tugas dan peranan Pejabat Kemajuan Negeri Kelantan.

Ia, katanya, seolah-olah tidak memberi pengiktirafan penuh terhadap negeri itu.

“Kalau benar perdana menteri sudah mengambil pendekatan yang berbeza dengan perdana menteri yang lalu, Jabatan Pembangunan Persekutuan yang tak sepatutnya wujud tak perlu diwujudkan lagi.

“Sekarang ini kerajaan pusat seolah-olah masih lagi belum pengiktirafan penuh kepada kerajaan negeri.

“Dengan wujudnya JPP ini seolah-olah kerajaan negeri tak punya kedudukan sebagai kerajaan negeri di kaca mata kerajaan persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis International Conference on Rohingya di Hotel Marriot Putrajaya malam tadi.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Najib bahawa beliau bertekad untuk terus membawa pembaharuan di Kelantan dengan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan bagi manfaat rakyat.

Selain itu Najib turut menyalahkan pemimpin terdahulu yang mengurangkan peruntukan dan gagal membangunkan negeri itu.

Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS berkata Najib perlu memansuhkan JPP terlebih dahulu sebelum bercakap soal lain di Kelantan.

“Kita banyak isu yang belum selesai di Kelantan. Setiap orang berbeza pendekatan dia. Jadi selesaikan isu tu dulu dan kita dan kita bercakap isu lain.

“Isu royalti salah satu, kita lihat perkembangan bagaimana dan kalau perdana menteri kata dia berbeza dari perdana menteri lain, dia kena buktikan kenyataan itu,” katanya.

Mengikut laman web JPP, pihak itu berperanan mengambil alih tugas-tugas dan peranan Pejabat Kemajuan Negeri Kelantan dan menyelaras serta memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan persekutuan di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Selain itu, JPP diwujudkan bertujuan untuk memastikan kawalan yang rapi ke atas projek-projek persekutuan mulai daripada perancangan hinggalah kepada pengesanan projek diuruskan dengan sempurna.-Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...