loading...

MM2H: Kementerian Pelancongan Lulus 4 Permohonan Rakyat Korea Utara

KUCHING: Hanya empat rakyat Korea Utara yang diluluskan permohonan untuk menetap di negara ini menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata demikian sebagai penjelasan kepada kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan 190 rakyat Korea Utara menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka.

Beliau sekaligus menafikan penglibatan salah seorang suspek warga Korea Utara dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam terlibat dalam program tersebut.

“Berdasarkan rekod MM2H, hanya terdapat empat orang warga Korea Utara yang memohon dan diluluskan oleh kementerian saya.

“Ahli kimia itu tidak tersenarai. Ada soalan yang dikemukakan kepada saya sama ada kita akan meneruskan penerimaan dan kelulusan permohonan daripada Korea Utara.

“Jawapannya adalah ya sehingga saya menerima arahan daripada Kementerian Dalam Negeri yang menyekat permohonan daripada Korea Utara,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Jelasnya lagi, mungkin kenyataan yang dikeluarkan Ahmad Zahid itu merupakan jumlah permohonan dan Kementerian Pelancongan tidak meluluskan sebarang permohonan secara automatik.

Jelasnya, Kementerian Pelancongan meluluskan permohonan empat rakyat Korea Utara itu masing-masing pada 2013 dan 2014.-Awani



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...