loading...

Lee Chong Wei Selamat Tiba Di KLIA

SEPANG – Juara All England, Datuk Lee Chong Wei selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.

Ahad lalu, Chong Wei mudah ‘mengajar’ pemain China, Shi Yuqi 21-12, 21-10 pada pentas akhir Seluruh England di Arena Barclaycard, Birmingham.

Chong Wei membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia apabila tidak berdepan masalah membenam pemain berusia 21 tahun itu secara straight set dalam tempoh 45 minit.

Keputusan ini sekali gus menyaksikan pemain berusia 34 tahun itu menamatkan penantian tiga tahunnya untuk meraih kejuaraan terbabit apabila meraih mahkota berprestij itu buat kali keempat selepas kali terakhir pada 2014. – BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...