loading...

Kerajaan Buat Portal Semak Berita Palsu

Menyedari penularan berita-berita palsu semakin serius, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menubuhkan portal bagi meneliti berita yang tidak pasti kebenarannya.

Bagaimanapun, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, penubuhan portal ‘Sebenarnya.my’ itu tiada kena mengena dengan pilihan raya umum ke-14.

Malah, katanya, Sebenarnya.my ditubuhkan sebagai satu portal sehenti bagi rakyat di negara ini menyemak kesahihan sesuatu berita.

“Tujuannya adalah untuk menjadi satu pusat untuk tahu sama ada berita ini palsu atau tidak. Sudah tentu kewujudan portal ini untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya mengesahkan maklumat yang kita terima

“Tidak sama sekali (ada kaitan dengan pilihan raya akan datang). Soal berita palsu ini berlaku di seluruh negara. Kalau ada parti pembangkang rasa, ada berita tak tepat mengenai mereka, boleh gunakan portal ini. Ia bukan milik kerajaan semata-mata tetapi milik rakyat.

“Semua pihak harus gunakan portal ini sepenuhnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan portal Sebenarnya.my di Cyberjaya hari ini.

Sebenarnya.my merupakan portal yang boleh menyemak mana-mana berita sama ada yang diterima melalui media sosial, SMS atau laman sesawang.

Sehingga kini, pihak SKMM telah mengenal pasti kira-kira 1,000 berita palsu melibatkan kepentingan awam yang menular di negara ini.

Sehubungan itu, Salleh berharap dengan wujudnya portal berkenaan, gejala penularan berita palsu dapat dibanteras di negara ini.-Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...