loading...

‘Kaki Korup’ Tak Layak Berada Di Johor, Kata TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan pihak yang diberi tanggungjawab dalam menjalankan tugas di negeri Johor supaya tidak sesekali terlibat dengan budaya rasuah.

Tunku Ismail berkata, mana-mana individu yang diberi tanggungjawab dan amanah perlu menjalankan kewajipan mereka untuk berkhidmat kepada rakyat dengan baik.

“Saya ingin memberi nasihat sedikit terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan negeri Johor Darul Ta’zim.

“Perlu untuk saya mengingatkan bahawa di negeri Johor ini tidak akan ada tempat untuk mereka-mereka yang tidak mengamalkan integriti dalam tugasan yang diberikan serta terlibat dengan budaya korup,” demikian menurut Tunku Ismail dalam kenyataan di laman Facebook Johor Southen Tigers, malam tadi.

Tegas Tunku Ismail, negeri Johor tidak ‘mempunyai tempat’ untuk pengamal rasuah dan individu yang terlibat dengan penyelewengan.

“Sekiranya anda mengutamakan kepentingan peribadi lebih daripada rakyat, sebagai mana yang DYMM Tuanku (Sultan Ibrahim) pernah bertitah, anda tidak layak berada di negeri Johor dan kami akan pastikan anda tidak mempunyai tempat di negeri berdaulat ini,” ujar calon presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu.

Terdahulu media melaporkan, sekurangnya-kurangnya enam individu ditahan pada 24 Februari dan seorang kontraktor ditahan pada 28 Februari, masing-masing dipercayai terlibat dalam kes rasuah dan penyelewengan terbesar hartanah di negeri itu.

Sementara Bernama melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan seorang anggota Exco kerajaan negeri Johor pada 9 Mac lalu bagi membantu kes sama.

Sebanyak 150 beg tangan pelbagai jenama, sebuah kenderaan jenis Vellfire dan wang tunai berjumlah RM41,000 turut dirampas oleh SPRM hasil geledah di rumah Exco berkenaan. – mD



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...