loading...

Isu Wang Petroleum, Rafizi Buat Lawak Lagi

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekali lagi mahu bergelar juara kononnya membela rakyat apabila beliau menyentuh mengenai pendapatan hasil petroleum dengan membandingkan perbelanjaan pada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mendakwa Perdana Menteri telah membelanjakan RM376 bilion hasil pendapatan petroleum negara antara 2009 hingga 2016, iaitu secara puratanya melibatkan RM54 bilion setahun.

Rafizi kemudiannya memuji Tun Mahathir, yang kini sudah menjadi rakan kongsi pakatan harapan, kononnya hanya RM163 bilion atau RM8 bilion setahun, ketika 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Begitu juga dengan Pak Lah, Rafizi mendakwa beliau membelanjakan RM204 bilion dari pendapatan petroleum atau RM41 bilion setahun dari 2003 hingga 2009.

Namun Rafizi kemudiannya mengesahkan kepada portal pro pembangkang, MalaysiaKini bahawa angka perbendaharaan itu tidak mengambil kira kadar inflasi dan perubahan dalam nilai mata wang.

Di situlah silap beliau, tidak mengambil kira dia keadaan tersebut sekali gus menjadikan ia sebagai satu perbandingan yang tidak adil. Dalam kata mudah, ia umpama membanding wang belanja yang dibawa oleh ibu bapa pada zaman dulu dengan wang belanja yang diberikan kepada anak-anak mereka ketika ini.

Begitu juga dengan kos pengeluaran, di mana ia tidak diambil kira. Kos akan meningkat kerana minyak yang dikeluarkan di pesisir pantai atau carigali di kawasan pendalaman tidak lagi wujud dan kita perlu meneroka ke luar pantai dan carigali laut dalam.

Malangnya Rafizi memilih untuk memberikan maklumat tidak lengkap semata-mata untuk memberikan persepsi yang buruk kepada Najib sekali gus akan menyebabkan rakyat menjadi marah dengan Najib dan kerajaan.

Apa yang Rafizi lakukan bukannya mencari kebenaran sebaliknya publisiti murahan selepas habis modal dan ketandusan idea.

Hakikatnya Mahathir telah mengenakan cukai ke atas petrol selama 22 tahun pada kadar 58.62 sen bagi setiap liter ketika harga minyak rendah pada ketika itu.

Ini sahaja melibatkan berpuluh bilion ringgit bagi pendapatan Tun Mahathir untuk beliau membina menara berkembar dan projek mega lain.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...