loading...

Ibu Trauma, Buang Anak Hidap Penyakit Aneh

Terkejut dengan keadaan bayinya yang dilahirkan dengan keadaan seperti `makhluk asing’ seorang wanita enggan menyusu bayi perempuan berkenaan apatah lagi menyentuhnya.

Bayi tersebut yang berkulit putih, mata merah dan bibir tebal telah dilahirkan pada 21 Januari lalu di hospital kerajaan di Palignaj, di Bihar, India.

Dia menghidap gangguan genetik dikenali sebagai harlequin ichthyosis dan dipercayai bayi kedua di India yang dilahirkan dengan penyakit terbabit.

Selepas dilahirkan, bayi itu yang merupakan anak kedua, telah dibenarkan dibawa pulang ke rumahnya namun ibunya enggan menyentuhnya kerana trauma.

“Saya terkejut. Saya tidak mahu dia berada di rumah ini. Saya mahu menjadi ibu kepada bayi yang cantik dan sihat tetapi dia sangat berbeza, iaitu yang saya tidak suka,” kata wanita berkenaan.

Bayi itu dilahirkan dengan berat 2.5kg dan tidak mengalami sebarang masalah. Disebabkan keadaannya itu, rumah bayi berkenaan menjadi tumpuan ramai.

Seringkali bayi yang menghidap Harlequin ichthyosisdan ini akan mempunyai kulit kering, bersisik, kasar dan tidak halus.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...