loading...

Husam Yakin Isu Bai’ah Tak Memihak Kepada Pas

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yakin Pas tidak berani mengheret bekas pemimpin parti itu yang didakwa melanggar bai’ah ke Mahkamah Syariah.

Malah penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan itu juga yakin Mahkamah Syariah tidak akan memihak kepada Pas.

Hujah Husam, talak tidak akan jatuh sepertimana yang didakwa pemimpin Pas dan jika mahkamah memutuskan perkara itu, ia akan memalukan Pas.

Beliau mengambil contoh kes melibatkan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Pas pada 2008, namun bertindak menjadi ahli parlimen bebas selepas menang Pilihan Raya Umum ke-12 itu.

Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu, biarpun bukan ahli Pas, tetapi Ibrahim tetap diminta untuk melafazkan bai’ah talak itu.

Husam mendakwa ketika Ibrahim bertindak menjadi ahli parlimen bebas, mursyidul am Pas ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengaitkan apa-apa tentang ta’lik talak atau pendapatan dari gaji beliau.

Jelas Husam, beliau membangkitkan isu bai’ah melibatkan Ibrahim untuk membuka mata pemimpin dan ahli Pas bahawa jika talak jatuh dengan bai’ah itu, isu tersebut akan dibangkitkan oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz secara tertutup atau terbuka.

Usul untuk mengheret mana-mana bekas pemimpin Pas ke mahkamah syariah kerana melanggar bai’ah talak diluluskan oleh Pas Kawasan Tanah Merah ketika mesyuarat agung tahunan mereka baru-baru ini.

Mesyuarat berkenaan dirasmikan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Lafaz taklik dan sumpah bai’ah dimestikan kepada semua calon yang diturunkan mewakili PAS dalam pilihan raya di Kelantan.

Husam mendakwa isu bai’ah diperbesarkan kerana Pas tidak mempunyai idea konstruktif selain isu-isu tidak produktif seperti isu bai’ah. – Awani



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...