loading...

Hafidz Menanti Zuriat

Kuala Lumpur: Pelakon Hafidz Roshdi,23, berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri kini hamil tiga bulan.

Hafidz berkata, perkara diketahui baru-baru ini selepas isterinya membuat kejutan mengenai kehamilan pertamanya.
“Ketika pulang ke rumah selepas selesai menjalani penggambaran, dia memaklumkan ada kejutan menanti.

“Saya fikir dia nak maklumkan mengenai permohonan pinjaman kereta kerana kami bercadang untuk membeli kereta baru selepas berkahwin, tetapi tak sangka ada kejutan lebih besar apabila dia disahkan hamil.

“Saya selalu berdoa supaya dikurniakan zuriat apabila saya benar-benar bersedia memikul tanggungjawab ini. Alhamdulilah selepas lapan bulan berkahwin Tuhan makbulkan. Saya sangat gembira dan tidak sangka apabila bakal bergelar bapa pada usia muda,” katanya.

Hafidz berkata, pada mulanya doktor memaklumkan isterinya bakal dikurniakan anak kembar tetapi selepas membuat pemeriksaan imbasan kehamilan kali kedua, bayi dalam kandungan isterinya hanya satu,” katanya.

Menurut Hafiz, isterinya dijangka bersalin pada September ini.

Hafidz yang popular menerusi drama Tundukkan Playboy itu berkata, isterinya mengalami alahan teruk dan mengidam sepanjang tempoh kehamilan.

“Buat masa sekarang alahannya sangat teruk. Paling pelik dia tidak boleh menghidu bau badan saya dan disebabkan itu juga kami tidak tidur sekatil.

“Selain itu, dia juga sering mengidam apabila waktu malam. Baru-baru ini ketika pulang menjalani penggambaran sekitar jam satu pagi dia minta saya belikan bubur selain minta dibelikan masak lemak betik,” katanya.

Hafidz dan Nurul Shuhada sah bergelar suami isteri pada 30 April tahun lalu di Perlis.-Hmetro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...