loading...

Duta China Harap Pelaburan Di Kedah Kukuhkan Hubungan China-Malaysia

ALOR STAR – Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang berharap Kedah dapat memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan antara China dan Malaysia menerusi pelbagai projek pelaburan yang dirancang di negeri ini.

“Melalui pelaburan ini, saya berharap Kedah dapat memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan kedua-dua negara selain menerima lebih ramai pelabur di masa depan,” katanya.

Huang berkata, lawatannya ke Pekan Cina telah memberi gambaran yang jelas mengenai keharmonian komuniti di Kedah yang mampu hidup bersama walaupun berbeza agama, bangsa dan budaya.

Huang menambah, beliau juga gembira kerana dapat memenuhi jemputan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ke negeri ini yang sebelum ini pernah membuat kunjungan ke China ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Huang yang turut mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kee Chee di Jalan Langgar di sini, tertarik dengan sistem pendidikan di negara ini.

“Ia menarik kerana pendidikan Cina menjadi satu komponen dalam sistem pendidikan di Malaysia. Etnik lain turut menghantar anak mereka ke sekolah Cina, ini bermakna ada keperluan untuk mempunyai sistem pendidikan Cina yang lebih baik di sini,” katanya.-Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...