loading...

CIA Dibenar Lancar Serangan Guna Drone

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah memberi kuasa kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk melancarkan serangan drone terhadap kedudukan kumpulan militan di Asia Barat.

Ia menyaksikan perubahan dasar era-pentadbiran bekas Presiden Barack Obama yang mengehadkan peranan agensi perisikan itu dalam menjalankan aktiviti separa tentera.

Akhbar Wall Street Journal melaporkan, kali pertama CIA menggunakan drone pada Februari lalu dalam serangan di Syria yang meragut nyawa pemimpin kanan Al-Qaeda, Abu Khayr al-Masri.-AFP/RTM



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...