loading...

Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak Akan Dibebaskan

KAHERAH: Presiden Mesir yang digulingkan pada 2011, Hosni Mubarak yang juga pemimpin pertama dibicarakan susulan kebangkitan Arab Spring, akan dibebaskan minggu ini.
Pemimpin berusia 88 tahun itu dibebaskan daripada tuduhan bunuh awal bulan ini pada kemunculan terakhirnya di mahkamah, selepas menghadiri deretan perbicaraan membabitkan pelbagai pertuduhan, termasuk rasuah dan arahan membunuh beberapa pembantah yang menyebabkan pemerintahannya selama 30 tahun berakhir.
Mubarak ditahan pada April 2011, iaitu 2 bulan selepas meletak jawatan, dan sejak itu beliau berada di penjara dan hospital tentera.
“Beliau akan kembali ke rumahnya di Heliopolis,” kata peguam Farid El Deeb yang mewakilinya, merujuk kepada kawasan perumahan di Kaherah di mana lokasi istana utama presiden dari zaman pentadbiran Mubarak berada.

Farid berkata Mubarak mungkin dibebaskan pada Selasa atau tidak lama selepas itu.
Mubarak sepatutnya masih perlu menjalani satu lagi hukuman penjara atas kesalahan mengasingkan rizab dana untuk menyelenggarakan istana presiden, tetapi jumlah hukuman itu ditolak dengan tempoh tahanan terhadapnya bagi pertuduhan membunuh, menurut sumber kehakiman dan agensi berita negeri.
Mubarak pada mulanya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 2012 kerana terbabit dalam pembunuhan 239 penunjuk perasaan sepanjang 18 hari pemberontakan itu.
Rayuan dikemukakan di mahkamah memerintahkan perbicaraan semula pada 2014 dengan kes terhadap Mubarak dan pegawai kanannya digugurkan.
Rayuan pihak pendakwaan membawa kepada perbicaraan semula oleh mahkamah tertinggi di negara itu, yang membebaskannya pada 2 Mac.-FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...