loading...

Anak Malaysia Ubah Padang Pasir Jadi Ladang Gandum

Suatu yang menakjubkan apabila padang pasir yang tandus boleh bertukar menjadi sebuah ladang gandum yang subur.

Ini yang berlaku di Sudan apabila projek Wakaf Al Rajhi Group di Sudankendalian jurutera Malaysia telah mengusahakan ladang gandum ini.

 

Projek ini telah diusahakan oleh seorang jurutera Malaysia Tuan Hj Zuraimi Isa sebagai Ketua Jabatan – Perkhidmatan Pengurusan Air yang terlibat dalam pembinaan rumah pam, pam pengairan, pembinaan terusan dan pivots.

80 peratus hasil projek ini bakal disumbangkan kepada  negara-negara miskin di seluruh dunia

Projek menakjubkan ini nyata memberi kepuasaan kepada dirinya namun menghadapi pelbagai halangan khususnya mencari alat ganti sekiranya berlaku kerosakan kerana Ladang ini terletak 400 km daripada bandar utama.

Jurutera hebat ini yang berasal dari Kelantan dan pernah menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) memegang prinsip kejujuran dan ikhlas. Jujur dalam bekerja, jujur dalam berkawan dan juga jujur dalam kehidupan. Bila kita jujur dalam bekerja, tidak menipu walaupun kadang-kadang kita di pihak yang sedikit, ALLAH swt akan bukakan jalan untuk kita.
LADANG GANDUM YANG SUBUR!
Kebanyakan projek wakaf ini berada di pedalaman padang pasir. Jarak terdekat dengan bandar utama adalah 400km.

Jadi beliau banyak melakukan modifikasi untuk menyiapkan sesuatu projek berdasarkan apa material yang terdapat di tapak projek.

Semoga projek ini akan terus berkembang dan melibatkan banyak negara lain khususnya kepada negara-negara miskin di benua Afrika. Amin.

Jurutera hebat. Anak kelahiran negeri Kelantan, Tuan Haji Zuraimi Isa adalah keluaran universiti tempatan. Universiti Teknologi MARA. Syabas Tuan. Semoga terus memberikan insprasi kepada anak-anak muda yang meminati bidang kejuruteraan mekanikal.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...