loading...

Allah Perintahkan Pemimpin Wajib Bersikap Adil – Najib

KUALA LUMPUR – “Saya sayangkan rakyat Kelantan, dan kerana Allah SWT telah perintahkan bahawa kalau jadi pemimpin, kita wajib bersikap adil,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Najib, pendekatan pemerintahannya sebagai Perdana Menteri tidak mengikut acuan pemimpin terdahulu yang menghukum pihak yang tidak menyokongnya, lantas mengurangkan peruntukan kerajaan kepada negeri Kelantan.

Ujarnya, rakyat Kelantan sepertimana rakyat di negeri-negeri lain seluruh Malaysia perlu dibantu dan ianya merupakan kewajipan kerajaan.

“Ingatkah lagi pada zaman dahulu di bawah kepimpinan lama, Kelantan didera. Bagi pemimpin lama itu, kerana Kelantan tak sokong dia, dikurangkan peruntukan buat negeri Kelantan.

“Saya tak buat macam itu. Ambo saye Kelate. Saya tak kurangkan peruntukan, bahkan saya tambah, RM 12.11 bilion berbanding RM 3 bilion lebih untuk Kelantan dahulu.

“Sebab ambo saye Kelate, kita bina hospital baharu di Bachok bernilai RM 140 juta, kita bawa ECRL yang akan lalu di sini dan banyak lagi.,” katanya dipetik kenyataan di blog najibrazak.com.

Mengulas usaha membantu rakyat Kelantan dan masyarakat pantai timur amnya, Najib menjelaskan inisiatif Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) menghubungkan Kuala Lumpur dengan daerah-daerah pantai timur merupakan sebahagian kaedah merapatkan jurang ekonomi masyakat bandar dan luar bandar.

“Bila siap ECRL ini, tempoh perjalanan cuma 4 jam, dan akan bawa banyak kesan sampingan, “multiplier effect” kepada kehidupan rakyat di sini, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat,” ujarnya.

Katanya lagi, salah satu stesen kereta api ECRL juga akan dibina di Jelawat, Bachok, dimana sebuah hospital baru akan didirikan.

Dalam lawatannya di Kelantan juga, Najib sempat melawat keluarga tiga keluarga miskin dan daif – Mek Nab, Che Rohana dan Aliza.

Ujarnya, ketiga-tiga keluarga ini akan diberikan kediaman baru yang lebih selesa.

Ketika merasmikan tapak pembinaan hospital baru di Bachok, Najib menyatakan perasaan terharunya diatas sambutan mesra dan senyuman manis rakyat Kelantan.

“Alhamdulillah, ambo semangat lihat semangat ore Bachok.

“Saya tanya pada orang Bachok tadi, tahukah mengapa pembangkang menipu dan memfitnah mengatakan kita negara yang gagal?

“Saya kata begitu sebab kalau kita ini negara yang gagal, masakan Raja Salman datang melawat kita di Malaysia, lebih daripada itu kita negara pertama di Asia yang Baginda lawati.

“Andai kita negara gagal, masakan Baginda dan syarikat petroleum terbesar dunia, Aramco mahu melabur berbilion ringgit di Malaysia?” soalnya lagi.

Tambahnya, sungguhpun kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah tipis dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, kerajaan akan terskan usaha membantu rakyat Kelantan. – Malaysian Digest



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...