loading...

182 Ahli Keluar Parti DAP Perlihatkan Siri Pemberontakan Sudah Bermula

Semalam, seramai 182 anggota DAP Melaka mengumumkan keluar parti bagi mengikut jejak langkah Ahli Parlimen, Sim Tong Him bersama tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain yang berbuat demikian bulan lepas.

Mereka yang diketuai oleh tujuh diketuai tujuh bekas anggota jawatankuasa DAP negeri bertindak demikian kerana berasa kecewa dengan parti itu yang disifatkan sebagai menyimpang daripada prinsip.

Namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak percaya dengan jumlah berkenaan sebaliknya menyatakan berdasarkan gambar hanya sekitar 20 orang yang berbuat demikian.

“Ada 182 ke? DAP ada 150,000 ahli. Kami menilai dan menghargai kesemua ahli-ahli kami dan daripada 150,000 ahli, yang saya nampak dalam gambar hanya 20 lebih sahaja,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa Guan Eng seolah-olah tidak boleh menerima hakikat bahawa DAP sedang dilanda krisis kepercayaan di Melaka.

Walaupun beliau cuba menafikannya namun semua tahu, kepimpinan diktator ala Hitler yang diamalkan keluarga Lim dikatakan menjadi sebab utama ramai ahli DAP peringkat akar umbi di seluruh negara bertindak keluar daripada parti itu.

Ia didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang sebelum ini meramalkan ramai yang akan meninggalkan parti berkenaan selepas ini.

Ternyata ramalan Tunku Abdul Aziz itu benar belaka kerana beliau yang pernah berada dalam DAP sudah tentu lebih tahu selok belok dalam parti berkenaan.

“Ketika saya baru menyertai DAP, terdapat seorang senior dalam parti mengingatkan saya supaya jangan sesekali melanggar arahan orang atasan atau bersedia untuk dikecam.

“Pesan senior itu lagi, jika berdegil mahu menyuarakan pendapat juga maka bersedialah untuk menjadi sasaran mereka seterusnya dipinggirkan daripada semua perkara penting dalam parti. Jadi, tidak pelik jika ramai keluar DAP selepas ini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia semalam.

182 ahli DAP itu berbuat demikian genap sebulan selepas empat bekas pemimpin DAP negeri termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Ahli Dewan Un­dangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong mengambil pendekatan serupa.

Nampaknya siri pemberontakan dalam DAP sudah berlaku.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...