loading...

Raja Salman Beri Respon Positif Permintaan Malaysia Tambah Kuota Haji

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata permintaan Malaysia untuk menambah kuota haji kepada 30,000 jemaah diberi respons positif oleh Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

 

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata dalam perbincangan bilateral antara kedua-dua negara hari ini, Raja Salman memaklumkan bahawa ia perlu memberi pertimbangan lebih mendalam.

 

Najib berkata Raja Salman turut bersetuju mempertimbangkan permintaan Malaysia untuk membina dua pusat jemaah haji berdekatan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. – BERNAMA



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...