loading...

PRU14 : BN Mampu Tawan Kelantan – Ku Li

 

GUA MUSANG – Barisan Nasional (BN) dilihat mampu menamatkan penguasaan 27 tahun Kerajaan Pas Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

 

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, keyakinan tersebut berdasarkan beberapa faktor antaranya perpecahan dalaman Pas selain kerajaan negeri gagal membawa sebarang perubahan sepanjang memerintah.

 

“Saya rasa BN atau UMNO Kelantan tunggu masa saja. Apabila kita tiup wisel, kita boleh berge­rak dan saya rasa dengan kerjasama banyak pihak, kita boleh tumbangkan kerajaan negeri sedia ada ini.
“Kalau rakyat sudah jemu dah bosan dengan pemerintahan yang tidak memberi faedah kepada mereka, kenapa tidak kita ambil inisiatif bantu rakyat menukar kerajaan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra di sini semalam.

 

Yang turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoff.

 

Tambah veteran UMNO itu, parti tersebut juga harus mengambil kesempatan dengan perpecahan yang berlaku dalam Pas untuk menawan hati rakyat.

 

“Jelas sekali Pas berpecah kerana ada masalah dalam parti sendiri. Ini terbukti dalam Pas pun dia (ahli) tidak senang hati dengan apa yang dibawa oleh pimpinan sedia ada.

 

“Itu yang dapat disimpulkan dan UMNO sepatutnya ambil ke­sempatan. Kita parti politik mesti ambil kesempatan apatah lagi ini adalah kehendak rakyat,” katanya.-Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...