loading...

Pemilik Syarikat Tidak Tahu Transaksi Pembayaran

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ada antara suspek lima pegawai tentera yang ditahan telah menggunakan nama syarikat tanpa pengetahuan pemiliknya untuk menguruskan sesebuah projek Kementerian Pertahanan.

 

Menurut sumber, ada syarikat yang tidak tahu menahu lesen syarikat mereka telah dikumpulkan oleh pegawai-pegawai tentera ini.

 

“Disebabkan perbuatan itu, Kementerian Pertahanan mendapati kerja-kerja penyelenggaraan yang dilalukan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan sehingga menyebabkan kerugian yang besar kepada kerajaan.

 
“Syarikat-syarikat ini diguna untuk melaksanakan projek-projek tertentu yang jumlahnya tersebut tidak melebihi RM50,000,” katanya.

 

Tambah sumber lagi, siasatan juga menjumpai sejumlah cop syarikat dipercayai digunakan untuk membuat sebut harga atas nama syarikat-syarikat ini.

 

“Sebahagian daripadanya tahu mengenai hal ini. Bagi yang tahu, bayaran yang diterima hanyalah lima hingga 10 peratus sahaja daripada jumlah sebenar.

 

“Selebihnya, ia akan diberikan kepada orang tengah. Orang tengah inilah yang akan mengagih-agihkan bayaran kepada pegawai tentera yang telah menguruskan projek ini,” kata sumber ini.

 

Kata sumber ini lagi, pegawai-pegawai tentera yang terlibat dalam meluluskan inden kerja tersebut disyaki menerima wang rasuah antara RM3,000 dan RM4,000 bagi setiap projek yang diluluskan.

 

Banyak rungutan daripada pengguna khususnya di Zon Utara di mana kerja-kerja penyelenggaraan yang sepatutnya siap tidak dilaksanakan dengan baik.

 

“Tidak kurang ada projek yang langsung tidak dibuat mengikut perjanjian. Perkara seumpama ini sudah berlaku sejak tiga tahun lalu atau mungkin lebih,” katanya.

 

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini.

 

Terdahulu, SPRM telah menahan lima anggota tentera masing-masing berpangkat Leftenan Kolonel, Staf Sarjan dan tiga lagi anggota penyelia kem.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...