loading...

NGO Gesa SPRM Siasat Isu Roboh Ampang Park

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta melakukan siasatan segera berhubung perancangan untuk merobohkan pusat beli-belah Ampang Park, Kuala Lumpur bagi tujuan pembinaan Projek Transit Aliran Massa (MRT).

 

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, tindakan itu menimbulkan keraguan memandangkan perancangan awal hanya melibatkan laluan bawah tanah.

 

“Segelintir pihak daripada Ampang Park Management Corporation (APMC), Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan pejabat tanah telah bersepakat menyokong tindakan itu kerana mempunyai agenda yang tertentu.

 

“Oleh itu, saya dan 253 pemilik strata dalam bangunan kompleks Ampang Park itu berharap SPRM segera menyiasat serta bertegas tidak akan berpindah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 

Terdahulu, lebih 30 pemilik strata membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung perkara tersebut. – UTUSAN



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...