loading...

Nabil Teruja Temui Bintang Hollywood

KUALA LUMPUR: Nabil Ahmad yang terpilih menjadi hos segmen karpet merah Anugerah Akademi Ke-89 yang sedang berlangsung di Dolby Theatre di Hollywood, California, teruja bertemu ramai bintang kelas A pada acara gilang-gemilang itu.

 

Biarpun tidak dapat memasuki dewan utama, Nabil berpuas hati bertemu dengan pelakon hebat Hollywood seperti Nicole Kidman, Salma Hayek, Denzel Washington, Emma Stone dan Jackie Chan.

 

“Sesuatu yang menakjubkan dan sangat seronok bertemu dengan artis Hollywood kelas A.

 

“Alhamdulillah, saya dapat menemubual mereka, cuma tidak dapat bersemuka dengan Ryan Gosling,” katanya yang ditemubual melalui aplikasi skype pada majlis tontonan eksklusif Anugerah Akademi Ke-98 anjuran HBO Asia di sebuah hotel terkemuka di sini, sebentar tadi.

 

Nabil berkata, ramai wartawan asing mahu menemubual Gosling tetapi aktor kacak itu berjaya menyelinap masuk secara senyap ke dewan utama.

 

“Biar apapun, ini pengalaman yang sangat bermakna buat saya. Saya berharap terpilih lagi ke sini tahun depan,” katanya.-Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...