loading...

Model Muslimah Berhijab Di Fesyen Milan 2017

Seorang model muslimah tampil di Minggu Fesyen Milan (Milan Fashion Week @ MFW) mencuri perhatian kaum muslim di seluruh dunia dengan kemunculan satu-satunya model berhijab, Halima Aden yang ber-‘catwalk’ pada acara yang berlangsung pada 22 sampai 28 Februari 2017.

 

Satu kejayaan besar buat gadis 19 tahun ini apabila dipilih memperagakan rekaan pereka-pereka fesyen ternama dunia serta berpeluang berkongsi runaway dengan peragawati kelas A seperti Sara Sampaio, Elsa Hosk Gigi dan Bella Hadid. Pendek kata, dia sudah setaraf nama-nama model Victoria’s Secret itu, lapor MD.

 

Pada pertunjukan fesyen kali ini, remaja berdarah Amerika-Somalia ini diberi kepercayaan memperagakan jenama Alberta Ferretti. Dia tampil memperagakan dua busana jenama tersebut.

 

Menerusi satu kenyataan rasmi Instagram, Alberta Ferretti sempat mengulas mengenai pemilihan Halima.

 

“(Kami) merangkul budaya dan keseragaman untuk memecahkan dan mengubah pemikiran orang-orang moden,” tulisnya.

 

Ketika ditemubual The Thelegraph, Halima mengungkap bagaimana perasaanya apabila diberi kesempatan membuat penampilan hadapan orang-orang yang berpengaruh dalam industri fesyen antarabangsa.

 

“Saya berasa hebat sepanjang di runaway. Saya langsung tidak menyangka orang yang berhijab juga boleh bergelar seorang model. Saya sangat teruja.

 

“Saya tidak pernah melihat orang seperti saya di majalah atau televisyen dan saya berasa benar-benar mempunyai tempat sendiri di dunia fesyen. Ia umpama satu penghormatan apabila mendapat kesempatan ini,” katanya yang baru memulakan karier sebagai model sejak tiga bulan lalu.

 

Dalam pada itu, Halima yang bernaung dibawah agensi IMG Model New York mengaku mengaku tidak didiskriminasi.

 

“Semua orang menerima saya dengan baik. Saya ada meletakkan syarat dari segi pakaian bersesuaian dengan agama dan budaya saya.

 

“Setakat ini saya tidak menerima apa-apa tekanan selain menjadi diri sendiri dan saya sangat bersyukur,” tuturnya.

 

Sebelum tampil di MFW, Halima sebelum ini membuat kemunculan pertamanya di New York Fashion Week bersama koleksi Kanye West’s Yeezy baru-baru.

 

Halima pertama kali mencuri perhatian di pertandingan ratu cantik, Miss USA pada November tahun lalu yang mana dia sebagai wakil dari Minnesota.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...