loading...

Man Bai Kecewa Gambar Meninggal Dunia Jadi Tular

KUALA LUMPUR – Bekas vokalis kumpulan Gersang, Man Bai kecewa apabila difitnah sudah meninggal dunia di media sosial Facebook, semalam.

 

Man Bai atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Osman, 49, berkata, tuduhan tersebut  tidak berasas kerana dirinya berada dalam keadaan sihat, lapor Kosmo.

 

Akibat sebaran berita tersebut, dia dihujani panggilan telefon dan mesej daripada keluarga dan para sahabat yang bertanyakan kesahihan khabar angin tersebut.

 

“Saya masih hidup. Ketika menerima berita ini, saya terkejut juga kerana saya sedang menjayakan satu persembahan di Johor Bahru.

 

Sebenarnya, saya malas nak melayan khabar angin sebegini tetapi perkara ini juga melibatkan perasaan keluarga saya.

 

“Isteri saya terus telefon saya dan menangis menanyakan sama ada khabar angin itu benar atau tidak.

 

“Saudara-mara saya juga tidak henti-henti telefon dan menghantar mesej saya. Saya kasihankan mereka kerana terlalu panik memikirkan keadaan saya,” katanya.

 

Man bai menasihatkan penyebar berita jangan terus menyebarkan berita tidak sahih sebaliknya mencari fakta sebenar supaya tidak menyebarkan maklumat palsu.

 

 

“Hal mati ini adalah satu perkara yang serius. Banyak artis lain yang pernah menerima nasib seperti saya (difitnah). Nasihat saya, jangan melulu berkongsi berita yang tidak sahih di media sosial.

 

“Jangan menganiaya orang lain. Soal ajal adalah ketentuan Tuhan. Jangan hanya sebab ingin menyedapkan cerita, berita seperti ini (kematian) dijaja sesuka hati,” ujarnya lagi.

 

Mengulas tentang kebenaran sekeping gambar yang seperti menunjukkan dirinya sedang sakit tenat yang dimuat naik di Facebook, Man Bai menafikan lelaki tersebut adalah dirinya.

 

“Itu bukan saya. Kelakar apabila melihat gambar itu kerana dia mirip saya dan gambar itu diambil dari sisi tepi. Saya memang pernah masuk hospital tapi hanya mendapatkan rawatan kecil sahaja,” katanya.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...