loading...

Lelaki Malaysia Cium Dahi Raja Salman Jadi Tular

Seorang lelaki dari Malaysia yang mencium dahi Raja Arab Saudi, Raja Salman menjadi tular di media sosial.

 

Al Arabiya melaporkan, gambar lelaki Malaysia yang menjadi tular mencium dahi Raja Salman itu ialah Sheikh Hussain Yee, seorang sarjana Islam Malaysia-China dan pendakwah Islam pada usia 18 tahun.

 

Menurut laporan portal berita itu lagi, Sheikh Yee mempunyai sejarah yang panjang dengan Arab Saudi, selepas mengkaji kajian bahasa Arab dan Islam di Universiti Madinah.

 

“Beliau juga adalah presiden dan pengasas pertubuhan Al-Khaadem di Malaysia.

 

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Kaunselor dan Pegawai Mubaligh di PERKIM Kuala Lumpur, agensi Malaysia dan sebagai Pengarah Dakwah untuk Pusat Islam di Hong Kong 1984-1985,”tulis laporan itu.

 

Pada Ahad, Raja Salman, memulakan lawatan Asia selama sebulan, bermula di Indonesia dengan rombongan yang pegawai-pegawainya seramai 1500.-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...