loading...

Kunjungan Raja Salman Bukti Tuduhan Mahathir Tidak Benar

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ceramahnya pada majlis anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) beberapa hari lalu, telah menyerang Datuk Seri Najib Razak dengan mengaitkan mengenai derma RM2.6 bilion.

 

Seperti biasa, serangan itu bertujuan untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri dan dalam ucapannya itu juga, Mahathir turut menyentuh mengenai lawatan pemimpin negara asing ke Malaysia yang kononnya kata beliau, bukan atas dasar persahabatan tetapi kerana sesuatu yang ‘diberikan’ oleh perdana menteri kepada mereka.

 

Mahathir tidak menyebut nama pemimpin negara asing itu namun ia dipercayai merujuk kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang mengadakan lawatan rasmi ke negara ini selama empat hari. Ia adalah lawatan sulong baginda ke Malaysia sejak menaiki takhta pada 23 Januari 2015.

 

Memandangkan Raja Salman sudah berada di negara ini, apakata Mahathir sendiri bertemu baginda dan bertanyakan mengenai derma RM2.6 bilion itu, memandangkan beliau masih menyebut mengenainya meskipun isu tersebut sudah selesai.

 

Inilah peluang terbaik beliau untuk mendapatkan penjelasan daripada Arab Saudi.

 

Mengikut lojik akal, jika Perdana Menteri menipu mengenai wang derma RM2.6 bilion itu, adakah Raja Salman bersama 600 kerabatnya dan 200 ahli perniagaan akan datang ke Malaysia? Apakah mereka ingat kerajaan Arab Saudi akan membiarkan begitu sahaja.

 

Tetapi itulah hakikatnya, kehadiran Raja Salman ke Malaysia adalah untuk memperkukuh kerjasama dalam beberapa bidang lain menjadi agenda utama lawatan itu.

 

Sudah pasti, hubungan baik dengan Raja Salman juga memberikan manfaat kepada umat Islam di negara ini terutama untuk memohon kuota haji tambahan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan rukun Islam kelima itu serta memendekkan tempoh menunggu.

 

Jadi janganlah dipandang serong serta diburukkan imej negara dengan membuat fitnah terhadap kunjungan Raja Salman ini. Banyak manfaat yang boleh Malaysia perolehi apabila hubungan Kuala Lumpur – Riyadh semakin erat.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...