loading...

Kejayaan Projek Residensi Kerinchi, Bukti Usaha Kerajaan Bantu Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR – Projek Residensi Kerinchi yang menempatkan 472 penduduk adalah bukti kerajaan sentiasa berusaha mengubah masa depan rakyat ke arah yang lebih baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Katanya, sejak 1971 penduduk Flat Empat Tingkat, Kampung Kerinchi di sini tinggal dalam keadaan rumah yang tidak terurus dan usang serta hanya berkeluasan 300-450 kaki persegi.

 

Kini mereka mampu tinggal di pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi yang kondusif dengan dilengkapi kolam renang, surau, taman permainan dan sebagainya tanpa sebarang bayaran berdasarkan konsep ‘trade-off’ (tukar ganti).

 

“Berbanding nilai dahulu (Flat Empat Tingkat) hanya kira-kira RM50,000. Rumah sekarang (Residensi Kerinchi) bernilai RM500,000 atau setengah juta.

 

“Sepanjang pentadbiran saya, saya sering mengingatkan kepada para pemimpin bahawa kepentingan dan kebajikan rakyat harus diutamakan setiap masa,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Lembah Pantai di sini. – BERNAMA



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...