loading...

Jangan Bandingkan Deepika Dengan Priyanka

Walaupun Deepika Padukone, 31, kini berjaya menempa nama di Hollywood mengikuti langkah Priyanka Chopra, 36, yang terlebih dulu memulakan kerjaya lakonan di sana, Deepika sentiasa tidak puas hati dengan Priyanka.

 

Ada saja perkara yang tidak kena pada pandangan matanya.

 

Bagaimanapun, ia berbeza dengan Priyanka yang lebih suka mendiamkan diri dan tidak pernah membalas komen Deepika terhadapnya.

 
Filem Hollywood pertama Deepika, xXx: Return of Xander Cage, sudah ditayangkan di Amerika Syarikat, Januari lalu.

 

Pelakon itu kini jarang berada di India kerana sibuk mempromosikan filemnya itu.

 

Berikutan kejayaan dan penghargaan yang diterima Priyanka di Hollywood, perbandingan sering dibuat di antara mereka berdua.

 

Baru-baru ini, Deepika ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, dia kenal rapat dengan Priyanka tetapi jangan bandingkan mereka berdua.

 

“Saya rasa ganjil dan pelik apabila orang sibuk membandingkan kami. Dalam kerja kreatif, tuntutan dan kehendak Priyanka tidak sama langsung dengan saya.

 

“Tetapi saya boleh faham kalau orang bandingkan saya dengan Anushka Sharma, Sonam Kapoor atau Sonakshi Sinha,” katanya.

 

Deepika dan Priyanka turut menghadiri Anugerah Akademi ke-89 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.-Hmetro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...