loading...

Filipina Tangkap 4 Suspek Termasuk 2 Rakyat Malaysia

ILOILO CITY: Empat warga asing, termasuk dua rakyat Malaysia, berdepan pendakwaan kerana dituduh menipu seorang ahli perniagaan dari Guimaras sebanyak 42 juta peso (RM3.71 juta) menerusi penipuan dalam talian.

 

Aduan terhadap penipuan skala besar itu difailkan semalam ke atas dua wanita Malaysia, Siti Faridah Abdul Hamid dan Ishama Sheck Dawood serta dua warga Nigeria, Chukwudi Ugwu dan Francis Onyebuchi Amadi.

 

Mereka ditahan oleh Biro Siasatan Nasional wilayah Visaya Barat selepas ditangkap di sebuah hotel di bandar ini Jumaat lalu.

 

Rakan subahat rakyat tempatan mereka ditahan lebih awal di Cavite. Ejen khas Biro Siasatan Kebangsaan (NBI-6) John Catipunan berkata, penahanan itu susulan aduan seorang ahli perniagaan dari bandar Buenavista di Guimaras.

 

Catipunan berkata, pelaburan dijanjikan gagal berhasil selepas memberi suspek sejumlah 42 juta peso dari tahun 2015 hingga tahun ini.

 

“Pengadu dipujuk menerusi internet oleh suspek. Mereka berbual dan meyakinkan mangsa untuk melabur,” kata Catipunan dalam temuramah di stesen radio RMN Iloilo.

 

Catipunan berkata, pihaknya berjaya mengesan alamat protokol internet (IP) komputer digunakan suspek di Malaysia dan memutuskan untuk menjalankan operasi memerangkap suspek di Iloilo di sini supaya datang mengambil tambahan 8 juta peso (RM707,132.24).

 

Modus operandi suspek ialah berkawan dengan mangsa menerusi akaun Facebook sebelum meyakinkan mangsa memasukkan wang dalam bank namun kemudian mendakwa tidak dapat mengeluarkannya akibat masalah cukai. – Philippine Daily Inquirer-Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...