loading...

Beberapa Wakil Rakyat Di Perak Mahu Berundur, Beri Ruang Kepada Muka Baru

IPOH – Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perak sudah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi memberi peluang kepada muka baharu menggantikan mereka.

 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata mereka membuat keputusan demikian bagi memberi laluan khususnya kepada pemimpin daripada pergerakan Pemuda serta Wanita parti komponen Barisan Nasional (BN) pula memberikan khidmat kepada rakyat.

 

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan nama wakil rakyat berkenaan atau kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit tetapi mengesahkan ada beberapa wakil rakyat sudah berjumpa dengannya bagi menyatakan hasrat itu.

 

“Ada yang sudah mula menyuarakan kepada saya, ini tradisi UMNO, BN… kita tidak bergaduh soal (bertanding pilihan raya) keterlaluan.

 

“Sesetengahnya ada berjumpa saya dan mereka mahu memberi laluan kepada generasi muda, …sama ada dalam UMNO ataupun BN,” katanya.

 

Beliau bercakap pada sidang media selepas menghadiri Himpunan Pemimpin Muda Negeri Perak dan pelancaran jentera muda BN di Dewan Serbaguna di kediaman rasminya di sini, hari ini semalam.

 

Hadir sama, Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN negeri, Khairul Azwan Harun.

 

Zambry yang juga Pengerusi BN negeri berkata situasi itu juga menunjukkan BN sentiasa melakukan proses ‘peremajaan parti’ sebagai langkah untuk berhadapan dengan PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang.

 

“Bagi melihat peremajaan parti, kita tidak boleh menafikan peranan orang muda, jadi saya tegaskan kalau dulu pun kita sudah melaksanakan (peremajaan parti), sudah pasti pada PRU akan datang kita laksanakan proses peremajaan yang sama, dengan meletakkan calon-calon muda untuk parti dan untuk rakyat.

 

“Kita juga akan lihat jika ada pertambahan (kerusi DUN atau Parlimen) sekiranya ada proses pertukaran jumlah (kerusi selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya), …namun yang pasti akan ada calon anak muda kita,” katanya. – BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...