loading...

Akim Tiada Niat Sorok Wajah Anak

Penyanyi Akim Ahmad bukan sengaja mahu menyorokkan wajah anaknya, namun dia menjelaskan buat masa ini dia enggan mendedahkan wajah puterinya yang diberi nama Eshaal itu kepada umum atas sebab-sebab tertentu.

 

 

“Tiada istilah sorok wajah anak tetapi kami ambil pendekatan itu buat masa ini kerana wajah bayi sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap diawal kelahiran, lapor Mstar.

 

 

“Justeru, saya tidak mahu mengelirukan peminat dan cuba tetapkan tempoh sebulan sebelum berkongsi wajah Eshaal di laman sosial.

 

 

“Cuma apa yang mungkin dapat saya kongsikan sekarang ini, hidung dan mulut Eshaal sememangnya mengikut iras wajah saya,” katanya

 

 

Bekongsi pengalaman bergelar bapa, Akim berkata tidak mempunyai masalah menguruskan cahaya matanya.

 

“Alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar biarpun pada awalnya saya agak janggal nak mendukung tetapi setelah beberapa kali mencuba saya jadi seronok.

 

“Nak kata penat tu lumrah kerana tabiat seseorang bayi sememangnya akan berjaga malam dan tidur pada waktu siang dan saya tidak menjadi masalah untuk itu,” ujarnya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...