loading...

Yuna Prihatin, Pelajar Malaysia Di Amerika

PENYANYI Malaysia yang kini berpangkalan di New York, Yuna, prihatin terhadap nasib pelajar Malaysia yang berada di Amerika Syarikat (AS) berikutan kekecohan isu sekatan imigresen yang diumumkan Presiden Donald Trump.

 

Menerusi akaun Twitternya, Yuna mengambil kesempatan untuk bertanya khabar kepada pelajar tempatan yang kini menetap di negara berkenaan.

 

Dia juga meminta sekiranya ada pelajar yang memerlukan bantuan agar menghubunginya untuk menyampaikan maklumat.

 

“Bagaimana keadaan pelajar Malaysia di AS? Sentiasa kekal selamat dan hubungi saya jika anda memerlukan sebarang bantuan.Teruskan memberi informasi kepada saya,” tweet Yuna.

 

Trump pada Jumaat mengenakan sekatan imigresen selama empat bulan terhadap pelarian yang datang ke AS.

 

Beliau turut melarang kemasukan pelancong dan pendatang dari tujuh buah negara Islam selama 90 hari, dan mengatakan langkah itu bertujuan membantu melindungi rakyat AS daripada serangan pengganas.

 

Negara-negara tersebut ialah Syria, Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.

 

Bagaimanapun, tindakan Trump itu menerima kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak.

 

Ada juga yang berhimpun untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap sekatan berkenaan.-Awani



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...