loading...

Video: PRN Sabah Awal Hanya Spekulasi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan lebih awal sebelum Piihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

 

Sebaliknya, Najib yang juga Presiden Umno berkata, dakwaan itu hanyalah spekulasi semata-mata.

 

Menurutnya, kata putus mengenai perkata itu masih belum dimuktamadkan.

 

“Kita tak buat apa-apa keputusan  sama ada PRN (Sabah) akan dibuat awal atau tidak. Kedudukannya masih spekulasi.

 

“Kita akan tengok segala aspek tapi setakat ini saya nak tegaskan ia hanya spekulasi,” kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini, petang Jumaat.

 

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, menyifatkan cakap-cakap mengenai PRN Sabah akan diadakan lebih awal sebelum PRU-14 sebagai spekulasi.

 

Dakwaan itu turut disangkal Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang meminta semua pihak bertenang dan tidak membuat spekulasi berhubung perkara berkenaan. – mstar

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...