loading...

Pengasas Permainan Pac-Man Meninggal Dunia

TOKYO – Pengasas syarikat permainan terkemuka dari Jepun, Masaya Nakamura yang memperkenalkan permainan ikonik Pac-Man meninggal dunia pada usia 91 tahun akibat sakit tua baru-baru ini.

 

Nakamura yang digelar bapa Pac-Man, menubuhkan Namco pada tahun 1955 dengan hanya memiliki dua kuda tunggangan mekanikal di bahagian bumbung sebuah kedai.

 

Pada 1980, jurutera Namco dan pembuat permainan video, Toru Iwatani telah mencipta Pac-Man dan sejak itu permainan tersebut menjadi popular di seluruh dunia.

 

Dianggarkan Pac-Man telah dimainkan lebih 10 bilion kali dan Rekod Dunia Guinness mencatatkan ia sebagai permainan berasaskan syiling yang paling berjaya pada eranya.

 

Ia merupakan sejenis permainan yang memerlukan pemain mengawal Pac-Man dan membawanya mengelilingi jalan berliku di dalam arked sambil memakan titik-titik kecil dan benda-benda khusus yang lainnya.

 

Pada masa yang sama, pemain harus mengelak daripada bertemu dengan beberapa hantu di setiap laluan yang berfungsi menangkap Pac-Man. – Agensi/Kosmo

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...