loading...

PBB Bincang Rancangan Israel

 

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) – Majlis Keselamatan PBB mengadakan pertemuan tertutup pada Rabu lalu bagi membincangkan rancangan Israel membina penempatan haram baharu di Tebing Barat, Palestin namun tidak mengambil sebarang tindakan.

 

Anggota Majlis Keselamatan mendengar satu laporan daripada Duta PBB, Nickolay Mladenov selepas kerajaan rejim Israel meluluskan perlua­san penempatan untuk 2,500 rumah, bertentangan dengan resolusi sekali gus PBB yang menuntut penamatan pembinaan penempatan haram.

 

Amerika Syarikat (AS) mengelak untuk menggunakan kuasa vetonya, tidak mengundi pada akhir Disember lalu dan membenarkan resolusi mengkritik Israel diluluskan pada minggu-minggu terakhir pentadbiran bekas Presiden AS, Barack Obama.

 

Semasa mesyuarat tertutup pada Rabu lalu, wakil AS tidak mengambil peluang untuk bercakap, kata beberapa orang diplomat.

 

Pembinaan pertempatan haram itu ‘perlu dikritik’ kata Duta Sweden, Olof Skoog kepada pemberita.

 

“Kami percaya apa-apa tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa atau resolusi Majlis Keselamatan 2234, tidak kira siapa yang melanggar resolusi itu perlu dikecam,” katanya.

 

Duta yang memegang jawatan presiden majlis itu bulan ini berkata, anggota Majlis Keselamatan menerima maklumat kemas kini berkaitan situasi itu, namun tiada siapa yang menggesa tindakan segera semasa rundingan se­perti yang diminta oleh Bolivia.

 

Duta AS, Nikki Haley yang baharu mengesahkan jawatannya minggu ini masih belum membentangkan bukti kelayakan beliau kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

 

Duta Palestin, Riyad Mansour memberitahu pemberita, Majlis Keselamatan perlu memastikan bahawa resolusinya ditegakkan dan Israel tidak dibenarkan untuk terus membina lebih banyak penempatan haram.

 

Duta Sweden itu berkata, walaupun tidak mengambil sebarang tindakan segera, semua orang yang bercakap dalam mesyuarat itu tidak sabar untuk memastikan mereka telah menemui jalan untuk mengurangkan kesan tindakan unilateral. – AFP/kosmo

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...