loading...

Elly Sudah Buka Hati Untuk Lelaki

Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein dikhabarkan kini sedang menjalin cinta dengan seorang jejaka.

 

Bagaimanapun, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanapi, 37, enggan memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut, petik Kosmo.

 

Namun ibu kepada Putri Zara Sefhia, 11 bulan itu tidak menolak dan hatinya kini terbuka untuk kembali bercinta.

 

Namun, menurut Elly dia tidak mahu terburu-buru.

 

“Saya tidak mahu komen mengenai isu tersebut, namun sebagai wanita dan manusia biasa, saya pun ada hati dan perasaan.

 

“Andai ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi, saya tidak menolak. Cuma buat masa sekarang fokus saya hanyalah untuk kerjaya seni dan membesarkan anak sebaik mungkin,” katanya.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...