loading...

Akibat Larangan Trump, Syarikat Penerbangan Hadapi Masalah

ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – Syarikat penerbangan UAE, Emirates menukar juruterbang dan kru kabinnya untuk penerbangan ke Amerikan Syarikat (AS) susulan larangan perjalanan mengejut ke atas tujuh negara berpenduduk majoriti Islam.

 

Syarikat penerbangan jarak jauh terbesar dunia itu yang terbang ke 11 bandar raya di AS pada setiap hari melakukan ‘perubahan yang diperlukan untuk memenuhi syarat terbaharu ini’, kata seorang jurucakap Emirates kepada agensi berita Reuters kelmarin.

 

Presiden AS, Donald Trump menggantung kemasukan individu dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen pada Jumaat lalu.

 

Keputusan itu mengejutkan syarikat-syarikat penerbangan di seluruh dunia, demikian menurut Persatuan Pengangkutan udara Antarabangsa dalam satu kenyataan.

 

“Saya tidak dapat membuat perbandi–ngan. Larangan ini mencetuskan kekeliruan daripada aspek pentadbiran dan ketidaktentuan kepada ramai penumpang selain merumitkan syarikat-syarikat penerbangan untuk merancang program mereka,” kata perunding aviasi bebas, John Strickland.

 

Larangan tersebut membabitkan juruterbang dan kru kabin dari tujuh negara berkenaan, manakala semua kru penerbangan yang bukan warganegara AS pula perlu memohon visa khas untuk memasuki negara itu.

 

Syarikat penerbangan Emirates menggaji lebih 23,000 pramugari dan pramugara serta 4,000 juruterbang dari seluruh dunia termasuk AS, Eropah dan Asia Barat.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Nicoley Baublies daripada Kesatuan Pekerja Kabin Jerman (UFO) berkata, sekatan Trump adalah luar biasa.

 

“Lufthansa (syarikat penerbangan Jerman) sentiasa memastikan ia memiliki kru daripada pelbagai bangsa dan warganegara. Larangan ini menyebabkan kami buat pertama kali terpaksa memeriksa kerak–yatan pekerja kami,” katanya.
Sementara itu, Japan Airlines (JAL) menyatakan semalam bahawa pihaknya mula menyaring penumpang dari negara-negara yang terjejas sebelum penerbangan ke AS.

 

“Pegawai-pegawai kami akan menghubungi Agensi Perlindungan Sempadan dan Kastam AS untuk mengesahkan sama ada penumpang kami dibenarkan masuk ke AS,” kata seorang jurucakap JAL

 

Selain kekeliruan, larangan Trump itu juga boleh menjejaskan permintaan untuk pengangkutan udara.

 

“Kami berharap larangan ini tidak akan mengakibatkan tempat duduk penerbangan menjadi kosong kerana orang ramai tidak tahu ke mana mereka boleh melakukan perjalanan dan menggunakan pasport mana,” kata Baublies – Reuters/Kosmo



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...