loading...

2 Mangsa Bot Karam Selamat, 29 Belum Ditemui

KOTA KINABALU – Pihak berkuasa maritim mengesahkan kapten dan seorang daripada 2 kru bot yang hilang dengan 28 warga China semalam di luar pantai Sabah, ditemui dalam keadaan selamat.

 

Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi Sabah dan Labuan Kapten Maritim Rahim Ramli mengesahkan 2 daripada 3 kru ditemui di perairan antara Pulau Tiga dan platform petroleum luar pesisir Samarang, Star Online melaporkan.

 

Beliau berkata mereka ditemui kira-kira jam 2 petang hari ini.

 

Bagaimanapun, usaha mencari anak kapal dan 28 pelancong China lain masih dijalankan.

 

Rahim berkata APMM dimaklumkan syarikat pemilik catamaran yang kapten dan anak kapal sudah ditemui.

 

Sementara itu, agensi berita nasional China melaporkan bot didapati tenggelam di laut, dengan beberapa mangsa dilaporkan hanyut sementara menunggu untuk diselamatkan. Ia memberikan pejabat konsulat China di Kota Kinabalu sebagai sumber.

 

Agensi berita Xinhua berkata pejabat konsulat China memberitahu, berdasarkan apa dimaklumkan pihak berkuasa Malaysia, bot itu karam di perairan berhampiran Pulau Mengalum.

 

Ia berkata kapten dan seorang daripada anak kapal meninggalkan mereka yang lain bagi mendapatkan bantuan, manakala penumpang dan anak kapal tinggal menunggu untuk diselamatkan.

 

Pejabat konsulat memberitahu Xinhua, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan. – Fmt



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...