loading...

Video : Netizen Kecam Ustaz Wan Ji Sebar Dakyah Rosak Aqidah

KUALA LUMPUR – Seorang yang menerima gelaran ‘ustaz’ dikecam di laman sosial selepas memuat turun ucapan krismas berdasarkan ayat yang dipetik daripada bible atau kitab agama Kristian.

 

Menerusi video tersebut, ustaz yang dikenali dengan nama Wan Ji Wan Hussin bersama dua lagi kumpulannya membacakan ayat daripada bible dan ucapan selamat ke atas Jesus.

 

Ramai netizen mengecam tindakan itu yang didakwa boleh merosakkan akidah.

 

Abu Samah berkata, “Ustaz Wanji Rakyat Malaysia dan berbangsa Melayu, Islam sedang berusaha bersama kumpulannya untuk merosakkan akidah dan menghasut serta melaga-lagakan umat Islam,”katanya.

 

“Wanji dah jauh tersesat ni, dahlah dulu hina institusi raja,” kata Noriani.

 

Sabri Sadiq berkata, “Ayuh ikhwanul muslimin jam sama-sama menyekat dakyah beliau dengan cara apa sekalipun,”tulisnya.

 

Terdahulu, Ibn al-Qayyim Al-Jauziyah memfatwakan haram mengucapkan selamat natal. Beliau pernah menyampaikan fatwa itu menerusi kitabnya, ‘Ahkâm Ahl adz-Dzimmah’, bahawa pemberian ucapan “Selamat Natal” atau mengucapkan “Happy Christmas” kepada orang-orang kafir hukumnya haram. Alasannya, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syi’ar-syi’ar kekufuran (penganut Kristian) terhadap perkara yang mereka lakukan.

Manakala, Dr Yusuf Al-Qaradawi dan beberapa ulama dunia lainnya, memberikan pandangan bahawa membolehkan ucapan itu dan hanya fatwa haram dikhususkan kepada aktiviti melakukan atau menyambut hari natal bersama.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...