loading...

PM Ucap Takziah Atas Pemergian Tan Sri SM Salim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Tan Sri SM Salim akan dikenang kerana sumbangannya dalam menyuburkan dunia seni tanah air dan warisan dunia Melayu.

 

Beliau memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi tersohor negara itu yang meninggal dunia pada usia 88 tahun di sini hari ini.

 

“Salam takziah kepada keluarga TS SM Salim. Allahyarham banyak sumbang jasa dalam bidang seni dan warisan Melayu. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata Najib dalam catatan di laman Twitter.

 

Salam takziah kpd keluarga TS SM Salim. Allahyarham byk sumbang jasa dlm bidang seni & warisan Melayu. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

 

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini selepas solat Jumaat esok.

 

SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik.-Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...