loading...

Nasib TRW Dalam Liga Malaysia Ditentukan Selepas 6 Januari

KOTA BHARU – Kongres Luar Biasa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh akhir untuk membuat keputusan sama ada menarik diri atau meneruskan penyertaan dalam Liga Malaysia (M).

 

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata ahli kongres pada dasarnya bersetuju menarik diri namun masih mengharapkan exco KAFA berusaha mencari dana sehingga 6 Januari depan yang juga tarikh akhir pendaftaran pemain.

 

Selepas tarikh akhir berkenaan jika usaha KAFA menemui jalan buntu maka persatuan itu akan meneruskan hasrat menarik diri dalam saingan Liga M musim depan. – BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...